Saturday, 1 February 2014

Takutnyer!!!

Kos sara hidup yang terlalu melampau kenaikkannya amat menyusahkan orang ramai. Kesian kepada orang-orang kampung yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. Hatta kepada semua orang yang berpendapatan sederhana dan rendah.. Bayangkan dengan gaji RM 2K sebulan tidak nembolehkan seseorang itu dapat hidup dengan selesa.. Kalau pergi ke market membeli barangan masak harian pun memerlukan RM50.. Dahulu dengan RM10 pun dah mencukupi.. Tadi, aku pergi ke restoren Curry Corner membeli makan malam, harga seekor ketam masak lemak cili api adalah RM10.. Mak aii.. mahalnya.. ketam tu bersalut emas kot...huhuhuh... Harga untuk makan malam hari ini saja mencecah RM 20. Itu baru malam saja.. Kalau sehari boleh mencecah RM 50.. Jadi kalau sebulan untuk makanan saja mencecah RM1.5K.. Bancrupt ler tak lama lagi.. Perlu gunakan kuasa pengguna next PRU nanti.. Perlu bijak memilih agar perkara sebegini tidak berulang lagi...

Friday, 31 January 2014

Degree?

Hmmmm... memang tiada jodoh ku dengan universiti nie.. Dalam hati, akal dan pemikiran nie memang teringin sangat nak sambung belajaq...tapi apakan daya...masa lepas SPM ri tu memang nak sambung tp terpaksa mengundur diri sebab aku sayang sangat kat mak... aku ingat lagi mak bgtau kat aku... La.. semalam mak mimpi arwah ayah suruh hang kerja..Aku tau mak terpaksa bohong pasai ayah sebab mak tau aku mesti ikut cakap arwah ayah... Aku faham dan aku akur dengan kehendak mak.. Tidak terlintas lansung pasai kekesalan..Ibu bapa.. mak ayah sentiasa fikirkan yang terbaik untuk diri kita kan..
Sekarang  plak dah kahwin aku terpaksa fikirkan cara-cara untuk mengembangkan ahli keluarga kami...Kesian kat husband..kan kan kan... Tak dak rezeki lg la sayang.. Tunggu bila dah dapat baby baru nak further study...Chaiyok chaiyok!!!